Sambut baik wujudkan pusat arahan bantuan bencana

in Nasional by


SHAH ALAM – Cadangan kerajaan untuk mewujudkan sebuah pusat arahan yang canggih untuk menguruskan bantuan bencana di negara ini disambut baik oleh Senator Dewan Negara, Khairul Azwan Harun.


Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Khairul Azwan menerusi status yang dimuat naik di Twitter miliknya hari ini.


“Hari ini TPM @drwanazizah cadangkan untuk bina sebuah pusat arahan yang canggih bertujuan menyelaras semua bentuk saluran bantuan semasa berlaku bencana. Saya setuju dengan cadangan beliau. Di Dewan Negara tahun lepas, saya juga telah mencadangkan perkara yang sama,” katanya.


Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah pusat arahan yang canggih bertujuan menyelaras semua bentuk saluran bantuan semasa berlaku sesuatu bencana.


Katanya, pusat berkenaan akan dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).


Khairul Azwan menerusi ‘posting’ sama, turut menyertakan cadangannya di Dewan Negara tahun lalu.


“Saya mencadangkan kepada kementerian yang berkaitan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri atau kementerian-kementerian yang berkaitan agar dapat wujudkan sekiranya belum ada lagi sistem bagi melihat pengurusan bantuan banjir ini dengan mengguna pakai pendekatan National Blue Ocean Strategy ini dapat kita bina,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]