Separuh tentera Israel hisap ganja

in Global by


TEL AVIV – ISRAEL. Sekurang-kurangnya 54.3 peratus daripada tentera Israel menghisap ganja tahun lalu, lapor akhbar Yedioth Ahronoth.


Akhbar itu dalam laporannya berkata, statistik rasmi dikeluarkan Pihak Berkuasa Anti Dadah Israel (IADA) menunjukkan kenaikan mendadak bilangan anggota tentera yang menggunakan dadah terlarang berbanding tahun 2009 apabila kadarnya hanya 11 peratus.


“Pada masa lalu, menghisap ganja adalah jenayah besar dalam tentera. Dalam kebanyakan kes, anggota yang didapati melakukan perbuatan itu akan dihantar ke penjara.


“Namun sejak Januari 2017, tentera Israel mengamalkan dasar yang lebih lembut, membenarkan anggotanya merokok sebanyak lima kali ketika bertugas,” kata akhbar berkenaan.


Yedioth menambah, anggota yang menghisap rokok biasa atau rokok ganja lebih daripada lima kali semasa bertugas tidak dibawa ke mahkamah tentera atau dikenakan tuduhan jenayah di bawah peraturan semasa.


Sementara itu, seorang anggota tentera yang ditemuramah Yedioth berkata, tiada sebarang penguatkuasaan dijalankan kerana semua anggota lain merokok termasuk anggota di unit perubatan.


“Komander kami mungkin tak merokok, tapi dia tahu anak buahnya merokok. Selagi kami tidak terlibat dalam operasi tentera, tidak mengapa untuk hisap rokok ganja,” katanya.


Dalam pada itu, seorang jurucakap tentera berkata, gejala menghisap rokok ganja ketika bertugas satu fenomena yang berbahaya dan pihak berkaitan sedang berusaha untuk menanganinya dalam pelbagai cara termasuk latihan, kempen kesedaran, penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang. – Middle East Monitor


Source: SH Global

[featured-video-plus]