Tersepit di celah sangkar

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


TAMPIN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tampin berjaya menyelamatkan seekor anjing yang tersepit pada sangkar di sebuah rumah di Taman Tampin, di sini, malam kelmarin.


Menurut sumber, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu daripada seorang lelaki jam 8.33 malam.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi pada jam 8.40 malam, bahagian kepala anjing berkenaan tersepit di gerigi besi sangkarnya.


“Kita mengambil tindakan menenangkan anjing berkenaan terlebih dahulu dan berusaha mengeluarkan kepalanya yang tersepit dengan cara paling tepat.


“Kita berjaya mengeluarkan anjing berkenaan kira-kira tujuh minit dari masa kita tiba di lokasi kejadian,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]