17 negeri saman pentadbiran Trump

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Tujuh belas negeri di Amerika Syarikat (AS) bertindak menyaman pentadbiran Trump berikutan dasar toleransi sifar yang dikenakan terhadap keluarga imigran yang cuba memasuki negara berkenaan.


Saman tersebut dikemukan semalam di Mahkamah Daerah Seattle, Washington oleh Massachusetts, Delaware, Iowa, Illinois, Maryland, Minnesota, New Jersey, New Mexico, North Carolina, Oregon, Pennsylvania, Rhode Island, Vermont, Virginia dan Columbia.


Ia bertujuan menentang perintah eksekutif Presiden Republikan tersebut yang dianggap menafikan hak keluarga imigran terhadap proses sewajarnya serta hak bagi mencari perlindungan.


Saman yang dilancarkan peguam pihak Demokrat dari Washington, New York dan California itu menuntut penyatuan semula keluarga yang terpisah serta penamatan amalan yang dianggap kejam dan bertentangan dengan perlembagaan negara Uncle Sam itu.


“Dengan memisahkan kanak-kanak daripada ibu bapa mereka serta menahan mereka,pentadbiran Trump telah mendatangkan trauma kepada mereka, ia juga merendahkan usaha New York untuk melindungi kepentingan kesihatan, keselamatan serta kebajikan mereka,” kata Peguam Negara New York Barbara Underwood dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Naib Presiden AS, Mike Pence memberi amaran pendatang tanpa dokumen sah tidak seharusnya membahayakan nyawa anak-anak mereka dengan memasuki AS secara haram. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]