Croatia ‘hantar’ Iceland pulang

in Sukan by


CROATIA tepati ramalan untuk mengungguli Kumpulan D Piala Dunia meskipun terpaksa berpeluh sebelum meraih kemenangan 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D kempen Piala Dunia Arena Rostov awal pagi tadi.


Kemenangan itu menyaksikan Croatia mengekalkan rekod bersih apabila mengutip sembilan mata maksimum selepas menewaskan Nigeria 1-0 pada 17 Jun sebelum mengejutkan Argentina 3-0 lima hari kemudian dan terbaharu Iceland menjadi mangsa mereka.


Buat Iceland, mereka terpaksa akur meninggalkan pentas Piala Dunia lebih awal apabila berada di tangga tercorot peringkat kumpulan selepas hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan.


Dalam perlawanan tersebut, Croatia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi percubaan Milan Badelj pada minit ke-53 namun Iceland menyamakan kedudukan setelah Gylfi Sigurdsson menyempurnakan penalti pada minit ke-76.


Namun, kealpaan benteng pertahanan Croatia di saat akhir membawa padah apabila Ivan Perisic berjaya memastikan tiga mata menjadi milik mereka selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-90.


Croatia akan bertemu Denmark dalam aksi kalah mati di Stadium Novgorod pada 1 Julai ini.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]