Harap damai sampai akhir hayat: Faye Kusairi

in Hiburan by
Faye Kusairi turut memuat luahan syukur kerana doanya mengharapkan perdamaian diperkenankan.

Harap damai sampai akhir hayat: Faye Kusairi


Baru-baru ini aktres Elly Mazlein ada memuat naik luahan rasa syukur kerana bekas suami yang juga pengarah Azmi Hatta datang menziarah anak mereka, Sefhia.


Dalam kenyataan itu Elly, 38, memberitahu dia mahu berubah menjadi lebih baik demi kebahagiaan Sefhia.


Ekoran luahan itu, pagi ini, isteri kepada pengarah iaitu Faye Kusairi, 32, turut memuat luahan syukur kerana doanya mengharapkan perdamaian diperkenankan.


“Assalamualaikum. Yang gelap pasti terang, Alhamdulillah…Syukur. Doa dan harapan kami termakbul akhirnya. Rasanya tak lama hari tu Faye ada post tentang berdamai.


“Tak sangka pula ianya dimakbulkan. Bersyukur sangat. Saya tak akan putus berdoa dan mengharapkan agar kita semua boleh berdamai hingga ke akhir hayat.


“Moga tiada lagi salah faham. Jika ada, harap-harap mereka boleh berbincang dgn cara baik demi puteri tunggal ini.


“Terima kasih pada semua yang mendoakan kebaikan kami bersama. #doayangbaikbaiksahaja #goodvibesonly #staypositive,” coretnya di Instagram miliknya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]