nisabakri perkenal dua pes baharu

in Bisnes by


SYARIKAT Bumiputera, NJB Innari Sdn Bhd Perencah masakan berjenama nisabakri mengeluarkan dua lagi produk barunya iaitu perencah segera baharu bagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen pes pasaran tempatan untuk memberikan kemudahan kepada golongan wanita menyediakan makanan kepada seisi keluarga.


Pengasasnya, Shariffa Nisa Syed Hamid atau Nisa Bakri berkata, dua produk baru itu ialah Perencah Segera Ikan Bakar dan Perencah Segera Masala Ayam.


Menurutnya, Nisa Bakri menyasarkan jualan ketiga-tiga produk baru tersebut adalah 30 peratus daripada jumlah keseluruhan produknya iaitu dijangka mencecah 10,000 unit menjelang akhir tahun ini berikutan sambutan yang memberangsangkan terhadap produknya sebelum ini.


“nisabakri optimis sasaran itu mampu dicapai berikutan promosi yang agresif melalui media sosial. Setakat ini, nisabakri mempunyai sembilan perencah segera jenama Nisa Bakri dalam pasaran antaranya yang mendapat sambutan menggalakkan adalah Perencah Segera Asam Pedas dan Perencah Segera Kari Ikan.


“Antara kelebihan perencah segera baharu ini ialah bahan-bahan yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli, tanpa pewarna dan tanpa MSG. Perencah segera ini mudah diguna dan cepat dimasak, malah harganya amat berpatutan iaitu RM8 setiap satu. Produk Nisa Bakri boleh didapati di pasar raya Mydin dan pembelian secara atas talian (online),” katanya.


Beliau berkata, nisabakri turut menjual pelbagai jenis rempah ratus berkualiti tinggi didatangkan khas dari beberapa negara asal antaranya bawang merah India, jintan manis, lada hitam, badam dan lain-lain lagi.


Sementara itu, sebagai pelengkap resipi, Nisa Bakri menghasilkan buku kompilasi resipi lebih 25 jenis menu hidangan berjudul Air Tangan Nisa Bakri.


“Buku ini diterbitkan untuk panduan penggemar masakan selain sebagai rujukan bagi suri rumah yang inginkan kelainan dalam juadah yang disajikan.


“Penghasilan buku ini juga adalah bukti  kesungguhan saya mempromosikan masakan tradisi Malaysia ke persada antarabangsa,” katanya yang telah berkunjung ke serata destinasi seperti London, Perancis, Thailand, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan memperkenalkan produk jenamanya sendiri.


 


KAPSYEN GAMBAR


Shariffa Nisa bersama produk Nisa Bakri yang terdapat dalam pasaran.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]