Tiga pendatang Syria maut kemalangan di Greece

in Global by


ATHENS – GREECE. Sekurang- kurangnya tiga pendatang haram dari Syria maut dalam kemalangan di utara Greek semalam, yang merupakan insiden kedua bulan ini, kata pihak berkuasa.


Dua lelaki mati di tempat kejadian apabila kereta yang membawa pendatang terbabas di luar bandar Alexandroupolis, kira-kira 250 kilometer dari timur Thessaloniki.


Seorang lagi mangsa wanita meninggal dunia di hospital.


Tujuh orang dilaporkan cedera termasuk dua kanak-kanak.


Greek merupakan antara laluan popular kepada pendatang haram yang menggunakan khidmat penyeludup melalui jalan darat untuk ke destinasi mereka. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]