Ular sawa baham tiga ekor ayam

in Edisi Selangor KL by


JERAM – Ular sawa seberat lebih 70 kilogram sempat menyorok di atas bumbung zink reban ayam sebelum berjaya ditangkap pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, awal pagi tadi.


Ular sepanjang lima meter itu tidak sempat menelan ayam ketiga di dalam reban di Jalan Pawang Jalil, Batu 20, di sini selepas bunyi bising disedari penduduk kira-kira jam 5.06 pagi.


Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Roslan Asri menjelaskan, pihaknya pada awalnya tidak nampak ular di dalam reban terbabit bagaimanapun ditemui melingkar bahagian atas selepas diselak zink penutup bumbung.


“Tangkapan ular ini adalah yang terbesar bagi tahun ini dan pihak bomba menerima banyak kes berkaitan khidmat khas ular selepas Aidilfitri, kemungkinan disebabkan musim panas.


“Sehari, kami menerima dua kes berkaitan ular dan dinasihatkan orang ramai supaya menjaga persekitaran rumah dan menutup lubang saluran air untuk keselamatan,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]