Batal kelas komputer dalam jadual rasmi sekolah

in Nasional by


PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan membatalkan pelaksanaan kelas komputer dalam jadual waktu persekolahan di Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya prihatin dengan keperluan ibu bapa untuk murid-murid mengikuti kelas komputer di sekolah.


Menurutnya, bagaimanapun pelaksanaan kelas komputer berbayar di SJKC tidak boleh dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan kerana bercanggah dengan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang sedia ada.


“Surat kebenaran khas yang dikeluarkan oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Pendidikan II kepada beberapa buah sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah yang membenarkan pelaksanaan kelas komputer dalam jadual waktu persekolahan adalah terbatal.


“Bagaimanapun, kelas komputer berbayar boleh dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kegiatan kokurikulum selepas waktu persekolahan dan tidak ada unsur paksaan terhadap penglibatan murid,” katanya.


Maszlee berkata, sebarang tambahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sama ada bersifat pengukuhan atau pengayaan boleh dijalankan selepas selesai jadual waktu rasmi persekolahan.


Beliau berkata demikian selepas menerima pelbagai isu dan keperluan ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan kelas komputer berbayar anak-anak mereka di sekolah itu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]