Bitdefender jadi pilihan 150 negara sejak 2001

in Bisnes by


JENAMA antivirus terkemuka, Bitdefender menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia berbanding antivirus lain dan mencatatkan jumlah pengguna tertinggi sejak diperkenalkan pada Februari 2014.


Pengurus Pembangunan Perniagaan Bitdefender Malaysia, Rosemaria Bahudin, Bitdefender merupakan antivirus yang mempunyai 500 juta pengguna melibatkan 150 negara bermula pada 2001.


Menurutnya, kebanyakan pengguna Bitdefender di negara ini merupakan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, ahli perniagaan kecil dan sederhana serta individu yang berkeyakinan dengan produk ini berikutan ia membantu dalam menyelesaikan masalah serangan virus yang mereka hadapi.


“Bitdefender menguasai pasaran Malaysia dalam segmen tersebut. Sebanyak 70 peratus penggunanya adalah syarikat berkaitan kerajaan, syarikat yang terlibat dalam perbankan dan telekomunikasi. Selebihnya adalah perniagaan kecil dan sederhana. Malah, Bitdefender juga popular dalam kalangan penganalisis sekuriti dan makmal ujian bebas.


“Bitdefender diiktiraf oleh AV-Test yang dilihat mempunyai gabungan keselamatan dan efisien untuk pengguna korporat. Malah, penganalisis luar negara juga mengiktiraf Bitdefender selepas membuat kajian terhadap Bitdefender bersama 75 antivirus lain di seluruh dunia,” katanya ketika hadir di studio FB Live Sinar Harian bertajuk Bitdefender Perlindungan Proaktif, baru-baru ini.


Rosemaria berkata, Bitdefender sangat sensitif dengan kehadiran virus dan ia menggabungkan perkhidmatan keselamatan yang diperlukan organisasi dalam satu platform sahaja serta menyediakan kombinasi untuk perlindungan dan prestasi.


“Bitdefender juga adalah inovasi perisian perlindungan teknologi maklumat yang terbaik. Bitdefender boleh digunakan oleh pengguna komputer, mac, telefon pintar, android dan ios,” katanya.


Beliau berkata, Bitdefender sentiasa mengadakan pelbagai program untuk memberikan kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan melindungi komputer daripada ancaman virus, penggodam dan sebagainya.


“Pada tahun lalu, ancaman paling hebat adalah wannacry dan Bitdefender membantu melindungi data pengguna. Bidefender menekankan kepada pengguna supaya berhati-hati dengan data mereka dan melindunginya daripada ancaman luar,” katanya.


Sambutan hangat sejak 2014


Sementara itu, Pengurus Jualan Negara Bitdefender Malaysia, Myra Mukhari berkata, Bitdefender mendapat sambutan memberangsangkan sejak diperkenalkan pada 2014 dan menjadikan ia produk antivirus pilihan utama pengguna tempatan dan dunia.


“Bitdefender menyediakan muat turun secara percuma dan membolehkan pelanggan menggunakannya selama seminggu untuk merasai keberkesanannya. Kebanyakan pengguna yang berbuat demikian akan membeli terus Bitdefender,” katanya.


Myra berkata, apabila Bitdefender dimuat turun di komputer, pengguna diberikan pilihan untuk membuat ‘quick scan’ atau tidak. Bidefender menggunakan teknologi ‘hardware local scan’, ‘hybrid scan’ dan ‘central scan’.   


“Scanning engine bergantung kepada ‘System Resources’ sesuatu komputer tersebut di mana Bitdefender dapat mengurangkan bebanan pada PC Pengguna. Selain itu, keunikan Bitdefender ialah mempunyai lebih daripada 500 juta pengguna secara global.


“Jika terdapat sebarang cubaan serangan virus terbaru, Bitdefender akan mengemas kini kepada pengguna lain dan menawarkan perlindungan yang menyeluruh,” katanya.


Myra menegaskan kebarangkalian komputer, telefon pintar, anroid dan ios yang mempunyai Bitdefender tidak diserang virus adalah 99.9 peratus.


“Bitdefender juga tidak menyebabkan sistem komputer menjadi perlahan, malah ia memberikan perlindungan dan tidak mengganggu prestasi sesebuah komputer.” katanya.


Bitdefender ada dua segmen


Myra berkata, Bitdefender mempunyai dua segmen iaitu segmen korporat dan runcit.


“Bagi segmen korporat, pelanggan boleh menghubungi pejabat Bitdefender manakala untuk segmen runcit, mereka boleh dapatkannya di kedai komputer dan pembelian secara atas talian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mereka boleh melayari laman web kami iaitu www.bitdefender.my.


“Pengguna juga boleh mencuba dan memuat turun lesen Bitdefender Mobile Security (Trial License), secara percuma melalui aplikasi apps store dan google apps, di mana pengguna boleh menggunakannya dalam tempoh 14 hari. Bagi segmen korporat pula, pengguna juga boleh memuat turun dan mencuba sendiri keunikan dan prestasi Bitdefender secara percuma selama sebulan, dengan melayari laman web kami iaitu www.bitdefender.my.,” katanya.  


Beliau berkata, Bitdefender dengan berjaya menembusi pasaran tempatan dengan menggunakan pelbagai strategi pemasaran.


“Antaranya ialah dengan memberikan kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan dan impak keselamatan data mereka daripada di ceroboh oleh anasir yang tidak diingini menerusi media sosial.


“Bitdefender juga boleh mengawal e-mel daripada digodam dengan memberikan perlindungan yang optimum kepada pengguna telefon pintar. Harga yang ditawarkan bagi pembelian Bitdefender adalah harga mampu milik iaitu RM69.90 untuk lesen runcit manakala untuk lesen korporat ialah serendah RM89.90,” katanya.  

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]