Guan Eng terus dikecam

in Edisi by


JOHOR BAHRU – Tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mempertahankan diri mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Inggeris dan Cina ketika beliau membincangkan isu Tun Razak Exchange pada minggu lalu terus mendapat kecaman.


Terkini, Perkasa Johor pula mengecam tindakan beliau.


Naib Yang Dipertua 1, Anizam Wan Hassan berkata, tindakan Guang Eng itu jelas menimbulkan rasa kurang senang terhadap rakyat Malaysia.


“Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang mana kita semua sedia maklum bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.


“Perkara itu telah termaktub dalam Perlembagaan Negara Perkara 152 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukannya bahasa Cina ataupun Tamil,” katanya kepada Sinar Harian.


Anizam berkata, sebagai Menteri Kewangan, Guan Eng sepatutnya arif mengenai perkara itu.


“Kami tidak mempertikaikan parti mana yang memerintah ataupun siapa menteri yang dilantik.


“Tapi mereka perlu bertindak sebagai kerajaan yang adil dan bertanggungjawab serta ikut Perlembagaan,” katanya.


Katanya, Guan Eng boleh gunakan bahasa ibunda beliau dalam DAP tetapi tidak untuk kenyataan dalam tampuk pemerintahan Malaysia.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]