Lima maut pesawat kecil terhempas di Mumbai

in Global by


MUMBAI – INDIA. Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di tapak pembinaan di bahagian ibu kota yang padat di Mumbai, hari ini.


Pesawat malang itu bersiap sedia untuk mendarat di lapangan terbang Mumbai, apabila ia terhempas tidak jauh di Ghatkopar.


Media tempatan melaporkan, pesawat kecil itu membawa empat penumpang.


Seorang lagi mangsa yang terbunuh adalah orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian, ketika pesawat itu menjunam ke tanah.


Bekas Menteri Penerbangan Awam, Praful Patel menuji tindakan juruterbang pesawat tersebut kerana berjaya mengelak lebih banyak kematian membabitkan orang awam berhampiran lokasi kejadian.


“Sedih mendengar berita kematian mereka. Tetap pujian harus diberikan kepada juruterbang kerana dia berjaya melencongkan pesawat itu daripada terhempas di kawasan yang padat dengan penduduk,” katanya di Twitter.


Menurut pihak berkuasa penerbangan, pesawat itu berlepas dari Juhu bagi tujuan ujian.


Bomba mengambil masa sejam untuk memadam kebakaran di lokasi kejadian.


Seorang saksi berkata: “Kami sudah biasa melihat pesawat terbang rendah di kawasan ini. Tapi apabila mendengar bunyi letupan, kami ingatkan ia letupan biasa di tapak pembinaan. Beberapa ketika baru kami sedar ia sebenarnya bunyi pesawat terhempas.” – NDTV




 


Source: SH Global

[featured-video-plus]