Pasangan tunang ditahan tengah lalok

in Edisi Utara by


YAN – Pasangan tunang ditahan ketika leka menghisap dadah di sebuah rumah di Kampung Tualang, semalam.


Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Ramli berkata pasangan ini sedang leka menghisap dadah ketika serbuan dilakukan.


Katanya, kediaman yang dijadikan port melepaskan gian itu milik wanita berkenaan yang berusia 32 tahun.


“Selain daripada Kampung Tualang, anggota penguatkuasa juga turut menjalankan operasi di Keda Sungai Udang dan Kampung Kuala Sungai,” katanya.


Mohamad berkata, seramai sembilan anggota penguatkuasa terlibat di dalam operasi kali ini.


“Bagi ketiga-tiga lokasi kita telah berjaya menahan 11 penagih dadah yang kesemuanya positif.


“Kesemua mereka berumur dalam kalangan 19 hingga 50 tahun,” katanya.


Menurut Mohamad, sembilan daripada yang ditahan positif dadah jenis Meth dan dua lagi positif dadah jenis Opiat,” katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penyalahgunaan dadah diminta untuk menghubungi pihak AADK.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]