Pengusaha kantin disaran ambil lesen

in Edisi Selangor KL by


SUBANG – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyarankan supaya semua pengusaha kantin di sekolah dapat mengambil lesen bagi menggelakkan daripada dikenakan tindakan.


Timbalan Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata buat masa ini, terdapat sebanyak kira-kira 75 pengusaha kantin sekolah di Subang Jaya dan pihaknya mendapati 31 daripada jumlah itu tidak mempunyai lesen yang sah.


“Oleh sebab itu, MPSJ telah mengeluarkan notis kepada pihak sekolah dan pengusaha kantin terlibat supaya dapat memohon lesen dengan segera, “katanya kepada pemberita selepas operasi di premis makanan sekitar Pusat Komersil SS15, hari ini.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zulkurnain berkata, sekiranya pengusaha kantin mengambil tindakan tersebut, ia membolehkan MPSJ memantau segala garis panduan kebersihan melibatkan suntikan dan sebagainya sebelum kelulusan lesen diberikan kepada pihak terbabit.


Beliau berkata, langkah ini akan dapat meningkatkan keyakinan banyak pihak khususnya ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah.


“Sebab itu saya wajibkan kepada Jabatan Pelesenan untuk pergi ke sekolah-sekolah dan pastikan pengusaha kantin mendapat lesen dan mengikut garis panduan ditetapkan.


“Dan kita sedia maklum tender kantin ini tempoh hanya dua tahun jadi bila pengusaha kantin bertukar, mereka kena apply lesen secepat mungkin supaya tahap kebersihan itu konsisten,”katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]