Pesakit strok terima bantuan

in Edisi Utara by


BALING – Hasrat pesakit strok yang juga penghidap sakit jantung memiliki kerusi roda tercapai apabila dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, kelmarin.


Pegawainya, Shamsul Izrin Isahak berkata, JKM tampil menyerahkan bantuan kerusi roda kepada Mohamad Azir Mohamed Amin,48, yang mengalami strok separuh badan.


Menurutnya, pihaknya juga menyerahkan Tabung Bantuan Segera ( TBS) berjumlah RM200 manakala Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) berjumlah RM350 akan diluluskan mulai Ogos selepas proses dokumentasi selesai.


“Mohamad Azir mendapat strok pada pertengahan Ramadan ketika ingin bangun bersahur.


“Dia kini terlantar di rumahnya ibunya yang terletak di belakang Masjid Kuala Ketil. Urusan harian lelaki itu kini diurus sepenuhnya oleh ibu dan isterinya,” katanya.


Beliau berkata, pesakit dinasihati sentiasa mendapatkan rawatan hospital dan fisioterapi bagi memulihkan kesihatan.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]