Umno tahu komponen, wakil rakyat keluar parti: Annuar

in Politik by


SANDAKAN – Tindakan parti keluar dari komponen BN dan wakil rakyat Umno keluar parti dalam pengetahuan kepimpinan Umno.


Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat ahli Umno resah dengan senario ini yang berlaku disebabkan politik negara dan beberapa negeri belum stabil.


“Kita harap semua ahli Umno bersabar…Apa juga alasan yang diberikan oleh mereka yang nak keluar itu tidak semestinya alasan yang sebenar sepertimana yang kita tahu.


“Biarlah mereka sendiri nak sampaikan alasan walaupun kita tahu ada kalangan mereka memberikan alasan yang bukan saja tidak begitu munasabah tetapi realitinya terpaksa berlaku begitu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Beliau berkata yang penting semua ahli UMNO mesti mengekalkan solidariti terhadap parti.


Menurut beliau, harus difahami bahawa parti itu tidak datang kepada individu tapi datang sebagai satu saf (barisan).


Dalam pada itu, beliau minta pelaksanaan mesyuarat dan pemilihan di semua bahagian di negara ini pada Sabtu ini dilaksanakan mengikut peraturan.


Terdapat 191 bahagian Umno seluruh negara dan menyaksikan 72 bahagian tiada mempertandingkan jawatan ketua bahagian.


Perkara yang boleh mencetuskan perpecahan perlu dielakkan dengan melaksanakan mesyuarat dan pemilihan dalam suasana keluarga.


Beliau juga mencadangkan mesyuarat dilaksanakan pada sebelah pagi dan pemilihan dilakukan awal supaya keputusan tidak diperoleh lewat.


Sebaiknya keputusan pemilihan di bahagian dan pusat dapat diperoleh pada hari yang sama, katanya. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]