Abdul Wahid ucap tahniah, mahu rehat

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Wahid Omar mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dilantik sebagai Pengerusi PNB yang baharu menggantikan beliau berkuatkuasa 1 Julai ini.


Dalam satu kenyataan, Abdul Wahid berkata, beliau akan berehat buat sementara waktu dan meluangkan masa bersama keluarga selepas meninggalkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkuatkuasa 30 Jun 2018, kata beliau dalam satu kenyataan.


“Setelah 17 tahun ‘berkhidmat untuk negara’ (‘national service’) dengan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan bermula dengan Kumpulan UEM-Renong (2001-2004), Telekom Malaysia (2004-2008), Maybank (2008-2013), Kerajaan Malaysia (2013-2016) dan PNB (2016-2018), saya akan mengambil peluang ini untuk berehat sebentar dan meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.


Abdul Wahid turut melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Zeti dan Datuk Abdul Rahman Ahmad selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam membawa PNB menjadi firma pelaburan terkemuka dunia.


[ARTIKEL BERKAITAN: Zeti dilantik Pengerusi PNB]


Wahid berkata, pelantikan individu penuh integriti seperti Zeti akan memastikan peralihan kepimpinan Lembaga Pengarah PNB dengan lancar dan teratur untuk memastikan urusan pelaburan dan operasi Kumpulan PNB tidak terjejas.


“Ini merupakan satu kesinambungan tradisi kepimpinan PNB dari kalangan mereka yang ternama dan mempunyai reputasi integriti dan kebolehan yang tinggi bermula daripada Allahyarham Tun Ismail Ali dan kemudiannya Tun Ahmad Sarji. Sebagai


“Pengerusi yang ketiga, saya berbesar hati menyerahkan tugas kepada Tan Sri Zeti dalam kedudukan kewangan PNB yang terus kukuh dan reputasi kekal sebagai sebuah institusi nasional yang berintegriti.” Katanya


Abdul Wahid mengetui PNB sejak 1 Ogos 2016 selepas tamat tugas sebagai Senator dalam Kabinet bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]