AS naikkan status Thailad dalam laporan TIP 2018

in Global by


BANGKOK –  THAILAND. Status Thailand dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) 2018 yang dikeluarkan  oleh Jabatan Negara  Amerika Syarikat telah dinaikkan ke Tahap 2 daripada Senarai Pemerhatian Tahap 2 pada 2017.


Peningkatan status itu yang diumumkan dalam laporan oleh Jabatan Negara adalah hasil usaha-usaha lebih tegas yang dijalankan untuk membanteras pemerdagangan manusia.


“Kerajaan (Thailand) meningkatkan usaha-usaha itu dengan mendakwa dan mensabitkan lebih ramai pelaku jenayah itu dan memendekkan tempoh pendakwaan  bagi kes-kes  pemerdagangan melalui penggunaan bahagian penguatkuasaan anti pemerdagangan yang khusus,” kata laporan itu yang dikeluarkan di Washington semalam.


Laporan itu juga menyebut tentang siasatan yang dipehebatkan mengenai kes-kes persubahatan pegawai dalam jenayah pemerdagangan dan sabitan 12 pegawai yang bersubahat tahun lepas, termasukk 11 orang yang terlibat dalam pemerdagangan  migran Rohingya migrants.


Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan hari ini berkata, peningkatan ke Tahap  2 menunjukkan pengiktirafan Amerika Syarikat kepada usaha-usaha yang serius dan berterusan oleh Thailand bagi menangani kekurangan sebelum ini serta mencapai kemajuan yang ketara untuk membasmi semua bentuk pemerdagangan manusia.


“Thailand akan meneruskan keterlibatan dalam mengukuhkan kerjasama dan perkongsian dengan semua pihak berkepentingan dalam pendekatan seluruh masyarakat dan akan terus bekerjasama rapat dengan pertubuhan antarabangsa dan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat untuk menghentikan pemerdagangan orang,” kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu, Thailand akan terus meningkatkan kerangka perundangan dan dasar kerana ia merupakan usaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecekapan operasi bagi menangani pemerdagangan manusia di semua bidang.  – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]