Lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai ditutup

in Global by


DENPASAR – INDONESIA. Lapangan terbang antarabangsa Ngurah Rai terpaksa ditutup susulan letupan Gunung Berapi Agung yang menyebabkan asap tebal dan abu setinggi 2,000 meter menyelubungi pulau pelancongan Bali.


Menurut pihak berkuasa, lapangan terbang itu ditutup sejak jam 3 pagi tadi (waktu tempatan) dan dijangka berterusan hingga hari ini.


“Berdasarkan jangkaan agensi meteorologi, abu gunung berapi itu dijangka tiba ke kawasan lapangan terbang pada pagi Jumaat,” kata jurucakap lapangan terbang, Yanus Suprayogi.


Berikutan perkara itu, tempoh penutupan lapangan terbang itu mungkin perlu dikaji semula.


Setakat ini, sekurang-kurangnya 48 jadual penerbangan sudah dibatalkan. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]