Melania Trump lawat pendatang kanak-kanak di Arizona

in Global by


TUCSON – AMERIKA SYARIKAT. Wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump mengadakan lawatan kedua ke fasiliti yang menempatkan kanak-kanak pendatang di sini, semalam.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang anda lakukan.


“Saya sedar bahawa tugas yang anda lakukan setiap hari ini adalah sukar dan berbahaya.


“Saya akan terus menyokong dan membantu dalam apa cara yang saya mampu,” katanya ketika menemui kakitangan imigresen di pejabat Peronda Kastam dan Sempadan di Tucson, Arizona.


Melania, 48, yang berasal dari Slovenia memilih untuk memakai seluar putih dan baju hitam, bagi mengelakkan kontroversi yang berlaku pada lawatan pertamanya, baru-baru ini.


Selain pejabat Peronda Kastam dan Sempadan, Melania turut mengadakan perbincangan meja bulat dengan Peronda Sempadan, Imigresen dan Penguatkuasa Kastam; Perkhidmatan Polis Amerika Syarikat dan peladang penternak tempatan, bagi mengetahui masalah yang mereka hadapi.


Menurut jurucakap Melania, Stephanie Grisham, wanita pertama itu mahu ‘belajar’ dari mereka yang berada di lapangan.


“Beliau (Melania) mahu kanak-kanak ini dijaga dengan baik ketika mereka sedang berhadapan dengan keadaan yang sukar,” kata Grisham. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]