Terlalu awal janji agenda besar: Salahuddin

in Nasional by


BAKRI – Kerajaan akan memastikan bahan bekalan makanan di negara ini terus mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, jaminan itu turut merangkumi permintaan yang boleh diperoleh meskipun di pasaran.


“Terlalu awal kita nak janjikan agenda-agenda besar, tapi memandangkan tugas utama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah memastikan makanan cukup, jadi kita akan pastikan bekalan untuk memperoleh sumber ini tiada masalah termasuk daripada segi keselamatan makanan.


“Maksud cukup itu bukan hanya dapat dibeli di pasaran, tetapi rakyat juga dapat membeli sumbernya,” katanya.


Terdahulu. beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Raya Adun Simpang Jeram di Dewan Pusat Perniagaan Pesat Bakri, di sini.


Beliau juga turut menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini pastinya memberi makna dan perbezaan buat rakyat Malaysia apabila perubahan tampuk pimpinan kerajaan julung kali berlaku di negara ini.


Salahuddin yang juga Adun Simpang Jeram turut memberi keyakinan terhadap penduduk di parlimen ini untuk tidak berasa ketinggalan mahupun diabaikan daripada segala segi selepas seluruh Dun dan Parlimen di Bakri berjaya dimonopoli Pakatan Harapan sepenuhnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]