Zeti dilantik Pengerusi PNB

in Nasional by


SHAH ALAM – Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkuatkuasa 1 Julai ini.


Bekas Gabenor Bank Negara itu menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang meletakkan jawatan berkuat kuasa 30 Jun.


PNB dalam satu kenyataan mengalu-alukan pelantikan Zeti dan yakin dengan pengalaman luasnya untuk menerajui syarikat berkenaan.


Kenyataan sama turut mengucapkan terima kasih kepada Abdul Wahid atas sumbangannya sepanjang berkhidmat di PNB.


“PNB menghargai kepimipinan dan bimbingan Abdul Wahid sejak pelantikannya pada Ogos 2016,” katanya.


PNB turut mengumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) berkuatkuasa 28 Jun.


Manakala, Lembaga Pemegang Amanah YPB terdiri daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Zeti dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]