Akaun dibekukan beri kesan

in Politik by


LUMUT – Pembekuan akaun Umno oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi kesan kepada parti berkenaan dalam memulihkan imejnya selepas tewas PRU14 lalu.


Pengerusi Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, insiden itu bukan sahaja menyebabkan kesedihan dikalangan ahli Umno tetapi juga menjejaskan urusan melibatkan kewangan parti.


“Kata bersedih tetapi ia bukan sahaja melibatkan Umno Perak tetapi juga keseluruhan dan saya juga melihat di sebalik kejadian ini ahli Umno menunjukkan ketabahan mereka menempuhi dugaan ini.


“Biarlah proses penyiasatan dijalankan kerana itu keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa dan takkan kita nak membantah, jadi biarkan ia berjalan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lumut 2018 di Virgo Batik Resort, Teluk Batik, tengah hari tadi.


Mengenai pengurusan kewangan, Zambry berkata, Umno perlu menyelesaikan segera kemelut berkenaan dan berbincang mencari penyelesaian dengan kemampuan yang mereka ada.


“Dari segi urusan soal kewangan parti yang nak adakan mesyuarat perwakilan memerlukan perbelanjaan begitu juga pengurusan parti bahagian negeri tentunya akan menerima kesan.


“Saya harap usaha untuk bergerak mendapatkan semula perbelaanjaan keperluan yang segalanya kita letakkan di dalam akaun tesebut dapat di selesaikan dan diuruskan dengan kadar kemampuan yang kita ada,” katanya.


Tambahnya, perkara yang penting setiap negeri dan bahagian perlu mendapatkan arahan daripada ibu pejabat Umno bagaimana mengatasi masalah ini.


“Ia melibatan seluruh negara bukan hanya satu bahagian jadi apa sahaja yang dimaklum ibu pejabat kita akan buat,” katanya.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]