Annuar, Alwi menang tanpa bertanding

in Politik by


KOTA BHARU – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Umno Bahagian Ketereh bagi penggal 2018-2021.


Mesyuarat Umno bahagian yang diadakan di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) turut menyaksikan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad turut memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian tanpa bertanding.


Manakala Naib Presiden Umno bahagian menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Azmi Isyak, Che Azemi Ab Latif dan Ahmad Deraman.


Seramai 20 ahli jawatankuasa bahagian turut memenangi jawatan itu tanpa bertanding.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]