Ismail Kijo kekal Ketua Umno Ampang

in Edisi Selangor KL by


AMPANG – Datuk Ismail Kijo berjaya mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Ampang apabila menang dalam permilihan parti itu, hari ini.


Ismail berkata, beliau berterima kasih kepada semua para perwakilan yang masih memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui kepimpinan Umno Bahagian Ampang.


“Saya berterima kasih kepada para perwakilan walaupun ada segelintirnya membenci, tidak suka, malah mendesak ‘orang lama’ perlu ditukar, namun saya bersyukur kerana masih diberi kepercayaan lagi,” katanya.


Beliau berkata, para perwakilan terima apa sahaja perancangan yang akan dilakukannya pada masa hadapan.


“Kita harus mengikut perubahan semasa serta mengikut kehendak pengundi, jangan ikut selera dan kehendak kita,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau turut menegaskan jika Umno tidak menunjukkan ‘wow factor’ pada masa hadapan, rakyat berkemungkinan tidak akan memberi kepercayaan lagi kepada parti itu.


“Malah Ahli Umno juga harus sebulat suara dan berani menegur para pemimpin termasuk Presiden Umno untuk melepaskan jawatan jika beliau ada masalah dalam tempoh tiga tahun ini, kita mahu kemenangan serta parti itu diterima oleh rakyat,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]