Jamal anggap kemenangan pertahan maruah

in Edisi Selangor KL by


SABAK BERNAM – Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besa menyifatkan kemenangan beliau untuk jawatan itu sebagai mempertahankan maruah sebagai pejuang Umno.


Jamal berkata, mandat bagi penggal 2018-2021 itu tidak boleh dihitung dan dinilai dengan wang ringgit.


“Ia sebagai satu kemenangan yang mempertahankan maruah saya sebagai seorang pejuang terhadap apa yang telah saya lakukan aebelum ini,” katanya menerusi pesanan suara dihantar seorang ahlinya dalam aplikasi WhatsApp.


Jamal berkata, beliau ingin mengajak calon yang tewas pada pemilihan bahagian itu supaya meneruskan perpaduan dalam Umno.


“Mustahaknya, solidariti Umno Sungai Besar perlu bersatu padu dan tak berpecah belah,” katanya.


Beliau turut berterima kasih kepada perwakilan yang memberikan mandat dan kepercayaan kepada beliau untuk terus memimpin Umno bahagian itu.


“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Ramli Norani, selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang menang dengan majoriti cukup membanggakan.


“Syabas juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Sungai Besar yang dipilih perwakilan,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]