Noh sedia tunai janji lepas jawatan

in Edisi Selangor KL by


TANJONG KARANG – “Saya kena tunaikan janji untuk lepaskan jawatan pengerusi selepas kalah dalam pilihanraya lalu,” demikian kata Tan Sri Noh Omar kepada Sinar Harian.


Mengulas lanjut mengenai kerusi Pengerusi Umno Selangor, beliau menegaskan, pihaknya mahu melepaskan kepada individu yang lebih muda dan layak.


“Saya sudah umumkan sebelum ini dan ambil tanggungjawab bila Selangor kalah tapi rakan-rakan kata tak boleh pegang janji sebab bukan negeri ni saja yang kalah tapi hampir keseluruhan.


“Tapi bila presiden baharu dilantik, saya akan letak jawatan ini dan bagi kepada  muka baharu yang mungkin ada pendekatan yang lebih baik. Biar saya fokus Tanjong Karang.


“Kalau saya menang MT, saya akan mainkan peranan sebaik mungkin jika diberi mandat,” katanya selepas selesai mengundi pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang ke-30 2018, hari ini.


Pada mesyuarat itu, Tan Sri Noh Omar diisyhtiharkan menang tanpa bertanding sekali gus mengekalkan kerusi Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang buat enam penggal berturut-turut.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]