Nur Jazlan kekal Ketua Umno Bahagian Pulai

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Datuk Nur Jazlan Mohamed kekal sebagai Ketua Umno Bahagian Pulai selepas menewaskan pencabarnya,  Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Abdul Hamid Jumat, hari ini.


Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu menewaskan Tengku Putra Haron dalam pertandingan satu lawan satu.


Jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pulai kekal disandang oleh Datuk Ramlee Bohani apabila beliau menewaskan Mohd Noor Afanday Mohd Jaya.


Suhaimi Ahmad pula menang tanpa bertanding Naib Ketua Umno Bahagian Pulai, sekali gus kekal menyandang jawatan tersebut.


Sementara itu, seramai 444 perwakilan hadir untuk memilih pada Mesyurat Perwakilan Umno Bahagian Pulai Kali Ke-31 bagi tahun 2018.


Pada minggu lalu, pemilihan bagi sayap-sayap Umno Bahagian Pulai menyaksikan Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abd Rahman kekal sebagai ketua pemuda dan Nor Fadillah selaku ketua puteri.


Manakala ketua wanita pula dijawat oleh Rokiah Hassan.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]