Perkahwinan bawah umur tiada tempat di Malaysia: Zuraida

in Nasional by


SHAH ALAM – Perkahwinan bawah umur wajar dihentikan serta-merta kerana amalan itu tiada tempat di Malaysia.


Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana kanak-kanak di Malaysia perlu diberi pembelaan sewajarnya.


“Kanak-kanak di Malaysia perlu diberi pembelaan sewajarnya. Mereka adalah masa hadapan negara ini.


“Amalan perkahwinan bawah umur ini mesti dihentikan segera,” katanya melalui kenyataan media hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang lelaki berumur 41 tahun menikahi seorang kanak-kanak bawah umur, 11 tahun, baru-baru ini.


Selaras dengan manifesto kerajaan, beliau berkata, Pakatan Harapan akan menggubal undang-undang untuk menetapkan umur 18 tahun sebagai had umur minimum perkahwinan.


“Wanita Pakatan Harapan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan nasib anak ini dibela sewajarnya,” katanya.


Beliau juga menyeru pihak berkuasa di Malaysia terutama Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama berkaitan untuk tidak mengiktiraf perkahwinan ini.


“Tindakan perlu diambil ke atas lelaki dan kedua ibu bapa kanak-kanak yang membenarkan perkara ini untuk berlaku,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian siasat kes kanak-kanak 11 tahun berkahwin]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]