SUPP tunggu maklumat lanjut akaun bank dibekukan

in Politik by


KUCHING – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) masih menunggu pemakluman lanjut berkenaan akaun parti itu yang dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Presidennya, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata setakat ini, parti tersebut hanya dimaklumkan akaun itu telah dibekukan oleh SPRM.


Beliau berkata selepas menyampaikan cek bantuan kewangan kepada 32 persatuan dari sekitar Kuching di sini hari ini.


Semalam, Dr Sim dalam satu kenyataan mengesahkan akaun bank parti tersebut telah dibekukan selama tiga bulan bagi siasatan SPRM. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]