Tak rela Umno terus jadi bursa saham

in Edisi Terengganu by


KEMAMAN – Bekas menteri besar yang juga calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Said tidak rela melihat Umno terus dijadikan seperti bursa saham angkara politik wang.


Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, ekoran itu beliau menentang politik wang dan ia menjadi perjuangam beliau.


“Masuk Umno bukan untuk berniaga, ini bukan tempat berjual beli. Sebab itu saya kata perjuangan saya jelas, saya tanding Naib Presiden Umno, tapi saya tidak jumpa pun perwakilan (untuk raih undi).


“Ini kerana ada perwakilan jumpa calon untuk wang. Jangan jadikan kita boleh dijual beli. Jadi Umno perlu ada integriti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Pejabat Umno Bahagian Kemaman, semalam.


Ahmad berkata, beliau bersedia untuk bangkit kembali untuk mengembalikan maruah Umno.

Ahmad (kanan) melihat calon Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga calon ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuang undi, semalam.


Kata beliau, beliau yakin pada 2022 atau 2023 Umno akan bangkit kembali dan kembali menebus kekalahan dalam PRU14 lalu.


“Pakatan Harapan (Harapan) sekarang ibarat parti bom jangka, sebab pemimpin parti Harapan masing-masing bercita-cita jadi perdana menteri,” katanya.


Paling penting, Ahmad berkata, untuk memenangi semula hati rakyat, pemimpin Umno jangan bergaduh dengan rakyat serta tidak boleh berkecil hati dengan rakyat.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]