Umno Sabak Bernam dapat bos baharu

in Edisi Selangor KL by


SUNGAI BESAR – Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh gagal mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam apabila tewas kepada Datuk Abd Rahman Bakri pada pemilihan parti itu, sebentar tadi.


Mohd Fasiah tewas apabila memperoleh 211 undi berbanding Abd Rahman yang mendapat 247 undi.


Abd Rahman yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam sebelum ini, disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk memenangi jawatan berkenaan.


Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam menyaksikan, Naib Ketuanya, Sallehuddin Mohd Iskan memenangi perebutan jawatan itu.


Sallehudin memperoleh 241 undi mengatasi lawannya, Nazam Azhari Md Yasin yang mendapat 212 undi.


Bagi kerusi Naib Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam pula memperlihatkan jawatan yang ditinggalkan Sallehuddin dimenangi Ketua Umno Cawangan Parit 6, Jamil Hassan.


Jamil memperoleh 278 undi, manakala pencabarnya, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Dun Sungai Air Tawar, Muhamad Bajuri Ibrahim mendapat 177 undi.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]