Zahid dahului saingan Presiden Umno

in Politik by


KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam, pemilihan Presiden Umno merekodkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendahului saingan dengan 51 undi.


Manakala pencabarnya, Khairy Jamaluddin memperoleh 44 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah mendapat 20 undi.


Difahamkan, Ahmad Zahid akan hadir ke Menara Dato’ Onn untuk mengadakan sidang media.


Sementara itu, untuk kerusi Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului dengan 21 undi manakala Tan Sri Annuar Musa 14 undi.


Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Mohamed Khaled Nordin di atas dengan 13 undi, diikuti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan 10 undi manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani juga 10 undi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]