Akta MKN akan dikaji semula

in Nasional by


KUAH – Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) sedang mengkaji untuk memansuhkan beberapa undang-undang di negara ini mengikut keperluan.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, banyak undang- undang dilaksanakan kerajaan terdahulu tidak adil kepada rakyat.


Katanya, pemansuhan undang-undang berkenaan termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 seperti dijanjikan dalam manifesto Harapan pada PRU yang lalu.


“Kerajaan sedang kaji kesan daripada banyak undang-undang yang perlu dimansuhkan kerana banyak undang-undang itu hanya menekan rakyat.


“Ia turut menghalang kebebasan bersuara, kebebasan berakhbar dan kebebasan bertindak kepada rakyat, “ katanya ketika ditemui di pejabat pusat khidmat Parlimen Langkawi di Langkawi City di sini,  hari ini bagi memantau persiapan pejabat berkenaan.


Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ketika BN berkuasa sebagai kerajaan pada penggal lalu, mereka disekat dari pelbagai sudut.


“Dulu pun kalau parti lawan (Harapan) nak hutang bank tak boleh, macam-macam tak boleh.


“Tapi kita tak akan sekat parti lawan kita (BN) apa dia nak buat, dia buat la..,”katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]