Bashir Alias Ketua Umno Labuan

in Politik by


LABUAN – Datuk Bashir Alias dipilih sebagai Ketua Umno Labuan bagi sesi 2018-2021.


Bashir, 53, yang sebelum ini timbalan ketua bahagian itu menang tanpa bertanding selepas penyandangnya Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Datuk Isli tidak mempertahankan jawatan tersebut.


Sementara itu, Datuk Khalid Abdul Ghani yang sebelum ini naib ketua turut menang tanpa bertanding sebagai timbalan ketua manakala jawatan naib ketua dimenangi oleh Sahri Tarji selepas berjaya menewaskan dua pencabarnya.


Sahri yang sebelum ini merupakan anggota jawatankuasa bahagian memperolehi 128 undi menewaskan Dr Harun Pudin yang mendapat 55 undi dan Alias Hussin memperolehi 21 undi.


Dalam pemilihan parti yang diadakan semalam, seramai 202 perwakilan dari 29 cawangan hadir untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi dan memilih presiden, timbalan presiden, naib presiden dan 25 anggota majlis tertinggi Umno bagi sesi 2018-2012. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]