Bumbung terbang sekelip mata

in Edisi Selangor KL by


KUALA SELANGOR – Bunyi dentuman disangkakan bom rupa-rupanya petanda ruang dapur rumah milik seorang penduduk di Kampung Tengah, Api-Api di sini diterbangkan angin kencang.


Dalam kejadian petang Jumaat lalu, penghuni rumah terbabit, Mosman Ahmad, 70, berada di dalam rumah terbabit berikutan ketika itu hujan lebat dan angin kencang.


Ketua Kampung Api-Api, Shamsul Ambia Bahrom, 47, berkata, pihaknya tidak menyangka musibah angin kencang melanda satu-satunya rumah penduduk sehingga menerbangkan keseluruhan bumbung dapur.


“Saya difahamkan masa kejadian, penduduk ada dalam rumah dan mendengar bunyi kuat. Bila jenguk dapur, alangkah terkejutnya semua bumbung ‘hilang’ sekelip mata.


“Saya pun terkejut sebab nilah kejadian pertama kali berlaku. Sebab sebelum ni belum pernah berlaku kejadian bumbung terbang seperti ini…mungkin angin pusing lalu kawasan ini masa kejadian,” katanya.


Shamsul Ambia berkata, pihaknya turut memanjangkan insiden musibah itu kepada agensi berkaitan dan wakil rakyat setempat bagi memudahkan saluran bantuan.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]