Ini jawapan Zahid berkenaan wang Umno dibekukan

in Politik by


KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno sudah menghantar surat rayuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembekuan akaun Umno.


Menurutnya, surat rayuan itu dihantar setelah beliau berbincang dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai jalan terbaik dalam menyelesaikan isu itu.


Jelasnya, antara intipati rayuan itu adalah merayu agar SPRM memberi sedikit kelonggaran untuk membuka semula akaun berkenaan disebabkan beberapa alasan.


“Untuk akaun Umno sebagaimana saya nyatakan semalam di Bagan Datuk Setiausaha Agung (Ku Nan) sudah berbincang dengan saya dan surat rayuan sudah dihantar dan ditandatangani oleh beliau untuk merayu agar ada kelonggaran dari segi pelepasan wang yang terdapat dalam akaun ibu pejabat, (terutamanya).


“Bagi digunakan untuk membayar gaji dan juga pembayaran sewaan dan bayaran kos lain, bagi peruntukan pegawai yang bekerja dan pekerja sepenuh masa agar mereka tidak dizalimi kerana mereka mempunyai keluarga dan tentunya pihak SPRM menggunakan kaedah perundangan sedia ada untuk memberi kelonggaran ini,” katanya dalam sidang medianya di menara Dato’ Onn, PWTC, hari ini.


Berhububung isu itu, media melaporkan 900 akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB termasuk milik Umno dibekukan.


Dalam pada itu, ketika menjawab soalan mengenai wujudnya dakwaan amalan politik wang dalam pemilihan Umno kali ini, Zahid berkata Umno akan menyiasat dakwaan berkenaan.


“Lembaga Disiplin akan lakukan siasatan berhubung isu berkenaan,” katanya.


Semalam veteren Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa mendengar khabar angin mengenai tindakan calon tertentu membeli undi pada pemilihan parti kali ini.


Katanya beliau, bimbang amalan politik wang menjejaskan masa depan serta proses pembaharuan parti itu, jika khabar angin berkenaan benar.


Menurutnya, pengaruh wang dan rasuah menyebabkan individu yang layak dan berpotensi, gagal diketengahkan pada pemilihan kali ini kerana tidak berduit.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]