Pemuda Umno Masjid Tanah kesal

in Politik by


BANDARAYA MELAKA  РPemuda Umno Bahagian Masjid Tanah kesal dan terkejut dengan tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang membuat kenyataan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas bermula hari ini.


Ketuanya, Abdul Hakim Wahid berkata, keputusan bekas Ketua Puteri Umno itu sebagai satu tindakan diluar jangkaan bagaimanapun beliau menghormati tindakan yang dibuat biarpun telah mengejutkan ahli-ahli Umno dalam Parlimen berkenaan.


Menurutnya, sebagai sayap Pemuda Umno sudah pasti ia menimbulkan rasa terkilan kerana Mas Ermieyati dipilih sebagai wakil rakyat di bawah tiket Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi Masjid Tanah antara kubu kuat Umno.


“Kita meletakkan harapan beliau yang dapat menjadi wakil rakyat Umno, wakil rakyat pembangkang yang kuat untuk kita terus pertahankan parti dan BN di kawasan ini namun sebaliknya yang berlaku.


“Apa pun kita hormatu keputusan kakak kita itu dan sehingga kenyataan itu dikeluarkan beliau, saya terus-menerus dihubungi ramai jawatankuasa pemuda dan juga orang-orang kampung yang kecewa dan bertanyakan hal itu,” katanya kepada Sinar Harian.


Jelas Abdul Hakim, berita mengejutkan itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan dan membantutkan momentum gerak kerja dan kerja kuat saf Pemuda Umno Bahagian itu bagi memantapkan barisan serta menguatkan parti biarpun parti Itu kini bergelar pembangkang.


Sebelum ini, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudyaaan Malaysia (MOTAC) itu, mengumumkan keluar parti itu kerana menyifatkan Umno telah tergelincir dari landasan asal sehingga ditolak orang Melayu sendiri.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]