Polis buru sekumpulan lelaki terlibat kes pukul

in Edisi Selangor KL by


KAJANG – Polis sedang mengesan  sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pukul dua lelaki di tempat awam di Balakong, di sini, 24 Jun lalu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata,  pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu kira-kira jam enam pagi pada hari kejadian.


“Siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berlaku pada jam 1.00 pagi. Ketika kejadian  mangsa dan rakannya sedang minum di sebuah pub di Balakong, kemudian mereka didatangi sekumpulan lelaki yang bertindak  menarik mangsa dan rakannya keluar dari Pub tersebut.


“Pengadu dan rakannya telah dipukul oleh sekumpulan lelaki tersebut menggunakan tangan serta ditendang dengan kaki,” katanya.


Menurutnya, mangsa cuba bertanyakan kepada salah seorang daripada sekumpulan lelaki tersebut apa kesalahan mereka, kumpulan tersebut memaklumkan rakan mangsa telah mencabul kehormatan adik perempuan kumpulan tersebut yang berusia 15 tahun.


“Hasil siasatan kita mendapati sebelum kejadian pukul itu berlaku, terdapat satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa seorang perempuan berumur 15 tahun yang mendakwa rakan pengadu cuba mencabul beliau semasa berada rumah sewa di Semenyih.


“Perempuan tersebut tidak mahu pihak polis meneruskan siasatan kerana untuk keselamatan diri, serta tidak mahu tindakan undang-undang. Kes diklasifikasikan tiada tindakan lanjut,” katanya.


Mohd Sabri memaklumkan video kejadian lelaki berkenaan itu dipukul kini telah tular, bagi kes video viral ini polis telah menyiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan suspek yang terlibat.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]