‘Revolusi damai 9 Mei’

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Peralihan kerajaan daripada BN kepada Pakatan Harapan selepas PRU14 lalu berlangsung dengan tenang dan damai.


Setiausaha Agong Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, perubahan kepimpinan negara itu disifatkannya sebagai revolusi damai yang sepatutnya disyukuri.


Ini kerana, katanya, tiada pertumpahan darah dan pergaduhan tercetus pada 9 Mei lalu meskipun tampuk pemerintahan kerajaan telah bertukar.


“Kita tak sedar bahawa pada 9 Mei lalu revolusi besar telah melanda Malaysia dan merubah pentadbiran negara.


“Boleh kita anggap ianya satu revolusi damai. Bezanya tiada pertumbuhan darah, pergaduhan malah tiada gigi yang patah,” katanya ketika berucap dalam mesyuarat perwakilan luar negeri Parti Persatuan Pembangunan (PPP) Indonesia.


Perhimpunan kali kedua itu disempurnakan  Setiausaha Agong PPP Asrul Sani dan turut dihadiri wakil Kedutaan Indonesia, Agung Cahaya Sumirat dan Adun Meru, Mohd Fakrulrazi Mokhtar.


Indonesia akan mengadakan pilihan raya umum pada April 2019.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]