13 menteri, 23 timbalan angkat sumpah

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Seramai 13 menteri dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini.


Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V kira-kira jam 11 pagi.


Pelantikan itu menyaksikan Kabinet baharu kerajaan kini berjumlah 26 menteri dan 23 timbalan menteri.


Sebelum ini 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah pada 21 Mei 2018.


Berikut adalah senarai baki menteri dan timbalan menteri yang mengangkat sumpah pagi tadi.


Senarai menteri:


1. Kementerian Belia dan Sukan – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


2. Kementerian Pembangunan Usahawan – Mohd Redzuan Md Yusof


3. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli – Dr Xavier Jayakumar


4. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – Datuk Saifuddin Nasution Ismail


5. Kementerian Kerja Raya – Baru Bian


6. Kementerian Luar Negeri – Datuk Saifuddin Abdullah


7. Kementerian Industri Utama – Teresa Kok


8. Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar – Yoe Bee Yin


9. Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Agama Islam) – Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa


10. Kementerian Wilayah – Khalid Abdul Samad


11. Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) – Datuk Liew Vui Keong


12. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Ignatius Darell Leiking


13. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – Datuk Mohamad Din Ketapi


Senarai timbalan menteri :


1. Kementerian Kewangan- Datuk Ir Amiruddin Hamzah


2. Kementerian Dalam Negeri- Datuk Azis Jamman.


3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat- Hannah Yeoh Tseow Suan


4. Kementerian Pelajaran- Teoh Nie Ching


5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat- Sivarasa Rasiah


6. Kementerian Pengangkutan- Datuk Kamarudin Jaffar.


7. Kementerian Komunikasi dan Multimedia- Eddin Syazlee


8. Kementerian Tenaga Manusia- Datuk Mahfuz Omar


9. Kementerian Pertanian- Sim Tze Tzin


10. Kementerian Kesihatan- Dr Lee Boon Chye


11. Kementerian Wilayah- Datuk Shahruddin Md Salleh


12. Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya- Bakhtiar Wan Chik


13. Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains Perubahan Iklim dan Alam Sekitar- Isnaraissah Munirah Majilis.


14. Kementerian Belia dan Sukan- Steven Sim Chee Keong


15. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri- Dr Ong Kian Ming


16. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna- Chong Chieng Jen


17. Kemnterian Pembangunan Usahawan- Dr Mohd Hatta Md Ramli.


18. Kementerian Industri Utama- Shamsul Iskandar Md Akin


19. Kementerian Kerja Raya- Annuar Tahir


20. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli- Tengku Zulpuri Shah Raja Puji


21. Kementerian di Jabatan Perdana Menteri ( Agama)- Fuziah Salleh


22. Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)- Mohamed Hanipa Maidin.


23. Kementerian di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)- Dr Md Farid Md Rafi


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]