1MDB: Anak tiri Najib dipanggil SPRM esok

in Nasional by


PUTRAJAYA – Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana syarikat pelaburan kontroversi kerajaan, 1MDB.


Menurut sumber, Riza atau nama sebenarnya, Riza Shahriz Abdul Aziz  diperintah hadir memberi keterangan jam 2 petang.


“Benar. Dia dipanggil memberi keterangan esok,” kata sumber kepada Sinar Harian.


Riza,41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan  filem lucah The Wolf Of Wall Street menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.


Pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.


Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik bernilai RM110 juta.


Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]