Akaun TAFF tidak dibekukan SPRM

in Nasional by


 


PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas 1MDB menegaskan pihaknya tidak pernah terlibat dengan tindakan pembekuan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF).


Dalam kenyataannya, pasukan yang dianggotai oleh Tan Sri Abd Ghani Patail dan empat yang lain turut memaklumkan bahawa yayasan itu tidak mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB yang sedang disiasat.


“Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak mengaitkan isu terbabit dengan siasatan kes 1MDB,” katanya.


Selain Gani, Pasukan Khas turut dianggotai oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Badol.


Sabtu lalu, Pengasas TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendakwa bahawa akaun HSBC milik yayasan itu  telah digantung.


Melalui Twitter @cheminahsayang baginda, Tunku Azizah Aminah Maimunah berkata, baginda tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab menyebabkan atau mengapa akaun itu digantung.


“… kenapa kenapa kenapa … saya percaya kepada ketelusan dan akauntabiliti … ini tidak adil dan (kami) juga tidak dimaklumkan… hanya dapat tahu apabila cek dikembalikan!


“Siapa yang mengarahkan akaun TAFF dibekukan … Saya tidak marah tetapi sekurang-kurangnya maklumkan kepada kami dan jelaskan kenapa,” katanya.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]