Kenaikan kerana kos-kos penjanaan kuasa elektrik negara

in Nasional by


SHAH ALAM – Kenaikan tarif elektrik adalah berpunca daripada kos-kos yang menyumbang kepada penjanaan kuasa elektrik negara.


Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia bukan berpunca daripada kenaikan harga bahan yang dibekalkan oleh China General Nuclear Power Corporation (CNPC) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti didakwa sesetengah pihak.


Katanya, dakwaan itu tidak betul sama sekali.


“Ini kerana mereka (CNPC) terikat dengan perjanjian kontrak dan yakinlah bahawa apabila mereka sudah mempunyai Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) sendiri sudah pasti mereka hendak IPP ini selepas tamat kontrak.


“Jadi saya nak beritahu bahawa saya begitu yakin selepas tamat sahaja kontrak pembekalan kuasa elektrik ini, sudah pasti China Nuklear akan letak harga yang jauh lebih rendah untuk saingi pesaing mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan mengenai isu kenaikan tarif elektrik yang dikaitkan dengan perjanjian kerajaan dahulu yang turut dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Media tempatan sebelum ini melaporkan tarif elektrik pengguna komersial termasuk pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj sebulan di Semenanjung Malaysia akan terkesan ekoran keputusan Suruhanjaya Tenaga mengenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen/kWj bermula 1 Julai sehingga 31 Disember ini.


Mengulas lanjut Adam menjelaskan bahawa  kenaikan harga tarif elektrik juga berpunca daripada kos ‘penurunan dan kenaikan’ hara sesuatu bahan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]