KPI Umno Tapah tinggi

in Edisi by


TAPAH – Umno Bahagian Tapah masih mampu mengekalkan petunjuk prestasi utama (KPI) yang tinggi meskipun berlaku peralihan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan.


Mantan Ketua Umno Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, selama empat penggal memimpin bahagian itu, persepakatan antara pimpinan BN diterajui Umno kekal utuh berada di bawah payung sama.


“Persepakatan ini selari dengan misi yang saya bawa iaitu ‘berpadu bersatu, teras pembangunan’, slogan inilah kita garap dalam kepimpinan parti hinggakan segala masalah di peringkat bahagian berjaya dibawa runding dan diatasi dengan penuh ukhuwah.


“Dengan keadaan ini, saya fikir tidak ada sebab wujudnya pihak lain cuba untuk mengadu domba dan menentukan perubahan Umno di peringkat bahagian,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tapah.


Pemilihan Bahagian Tapah kali ini menyaksikan Samsudin yang menerajui ketua bahagian sejak empat penggal lalu tewas kepada Naib Ketuanya, Isham Shahruddin.


Timbalan Ketua Umno Bahagian dimenangi calon baru, Khairul Azmi Ghazali sementara Naib, Safri Mohamad Salih masing-masing dalam persaingan tiga penjuru.


Pada pemilihan sayap parti, minggu lalu, perwakilan bahagian itu memilih Rohana Yaacob sebagai Ketua Wanita, Fahmi Ahmad Jakhasi (Ketua Pemuda) dan Ridayu Mustafar (Ketua Puteri).


Samsudin yang juga Adun Ayer Kuning berkata, Umno perlu digambarkan sebagai sebuah parti yang kuat, bukan perpecahan hanya kerana untuk kepentingan sendiri.


“Umno perlu berada di landasan yang betul untuk meyakinkan ahli, dengan itu kita dapat bangkit mempertahankan parti,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]