Lelaki serang tetamu majlis hari jadi

in Global by


BOISE – IDAHO. Seorang lelaki menikam sembilan individu termasuk enam kanak-kanak di sebuah majlis sambutan hari jadi di Idaho, semalam.


Menurut pihak berkuasa, budak perempuan berusia tiga tahun yang menyambut hari lahirnya turut menjadi mangsa dalam kejadian menggemparkan di sebuah apartmen di Boise.


“Insiden itu bagaimanapun tidak menyebabkan kematian. Lima kanak-kanak lain yang ditikam berumur empat hingga 12 tahun,” kata ketua polis, William Bones.


Difahamkan, suspek dikenali sebagai Timmy Kinner, 30, diarah keluar dari kompleks kediaman tersebut pada Jumaat lalu.


Saksi mendakwa, Kinner mengejar dan menikam tetamu selain turut menghambur kata-kata kesat terhadap mereka sebelum dia diberkas pihak berkuasa tidak jauh dari lokasi terbabit. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]