Liverpool lanjut kontrak Salah

in Sukan by


MOHAMED Salah menandatangani kontrak baharu untuk tempoh lima tahun lagi membolehkannya kekal bersama Liverpool sehingga 2023.


Salah mengharungi musim pertama yang cemerlang bersama Liverpool, meledak 44 gol dalam semua pertandingan dan membantu kelab mara ke final Liga Juara-Juara.


Beliau turut dinobatkan Pemain Terbaik PFA dan Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak tahun ini.


“Saya fikir berita ini boleh dianggap sebagai menghargai seseorang yang beraksi cemerlang dan menyumbang kepada pasukan dan kelab musim lalu.


“Ia menunjukkan dua perkara yang amat jelas iaitu keyakinannya terhadap Liverpool dan kepercayaan kita terhadap dirinya.


“Kita mahu bakat berkelas dunia untuk melihat mereka diterima di Anfield di mana mereka boleh merealisasikan impian dan cita-cita profesional. Kita bekerjasama untuk mencapainya,”  kata pengendali Reds, Jurgen Klopp.

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]