Muat naik foto berjenama, Ezzrin Loy dikecam netizen

in Hiburan by
Pelakon, Ezzrin Loy

Muat naik foto berjenama, Ezzrin Loy dikecam netizen


GARA – gara memuatnaik sekeping foto di Instagram Story (IG Story), pelakon Ahmad Ezzrin Loy dikecam oleh netizen.


Rata-rata netizen menyifatkan pelakon yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal iaitu, Elfira Loy ini seorang yang suka menunjuk-nunjuk.


Foto dimuatnaik pelakon drama bersiri Qalesya ini menggayakan pakaian jenama seperti Louis Vuitton, Gucci, H&M, Puma Big Sean dan banyak lagi.


“Seriuslah Ezzrin Loy mentioned brand outfit dia from top to toe? Up kat story. Perform kau,” komen salah seorang netizen.


“Itu betul-betul Ezzrin Loy ke yang taip-taip brand tu? Show Off namateyyy (nak mati). Benci orang yang suka show off ni,” komen salah seorang pengguna IG.


“Apa motif dia label satu-satu brand yang dia pakai?” komen netizen.


Biarpun Ezrrin dibanjiri dengan kecaman netizen di ruang komennya, aktor meningkat dewasa ini tetap tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]