Pelarian Syria tidak dibenarkan memasuki Israel : Netanyahu

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Penduduk Syria yang lari akibat perang tidak akan dibenarkan memasuki Israel, kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu semalam, walau bagaimanapun kerajaan akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan.


Puluhan ribu rakyat Syria lari daripada tentangan kerajaan di selatan negara itu sejak 19 Jun lalu dan mendirikan kem sementara berhampiran Bukit Golan, diduduki Israel.


“Berkaitan selatan Syria, kami akan terus mempertahankan sempadan kami. Kami akan memberi bantuan kemanusiaan mengikut keupayaan namun tidak akan membenarkan kemasukan (pelarian) ke dalam wilayah kami,” kata Netanyahu pada awal mesyuarat kabinet.


Israel sekian lama mengadakan program bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria merentasi sempadan di Golan. Ia juga menyediakan rawatan perubatan kepada rakyat Syria yang cedera.


Israel berkata, ia menghantar 300 khemah, 13 tan makanan dan 15 tan makanan bayi dalam operasi itu selain peralatan perubatan dan pakaian kepada empat kem di sebelah Syria di Golan.-AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]